Gerhana Bulan

in #gerhana6 years ago

Pada hari ini akan berlaku satu fenomena GERHANA BULAN PENUH (100%) pada hari Rabu malam Khamis, (14 malam 15 Jamadil Awwal 1439H ) bersamaan 31 Januari 2018. Fenomena tersebut adalah GERHANA BULAN + SUPERMOON + BLOODMOON + BLUEMOON. Daripada jam 6:51 petang sehinggalah 12:08 tengah malam (5 jam 17 minit)
Untitled.png

Fenomena ini telah pun berlaku pada 152 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1866 (31 Mac 1866). Hal yang menarik pada kali ini adalah jarak bulan dengan bumi lebih dekat. Jika bulan biasa, jaraknya adalah 405 500km daripada bumi tetapi dalam fenomena ini, jaraknya adalah 363 300km daripada bumi.
photo6307668329472567353.jpg

Selain itu, saiznya 14% lebih besar + Cahayanya 30% lebih terang + Berwarna kemerah-merahan akibat biasan cahaya matahari + Bulan penuh berlaku 2 kali dalam 1 bulan. Menarik bukan? Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Jika terlepas, terpaksalah tunggu lagi 1 abad 5 dekad.

Detik - detik Gerhana Bulan penuh :

7:50 Petang - Bulan mula memasuki bayang gelap bumi
8:22 Malam - Gerhana bulan dengan kadar 50%
8:53 Malam - Gerhana bulan dengan kadar 100%
9:33 Malam - Kemuncak gerhana bulan penuh
10:28 Malam - Bulan mula keluar dari bayang gelap bumi
11:10 Malam - Bulan telah keluar sepenuhnya dari bayang gelap bumi

Sumber (Source) :
http://muftiwp.gov.my/ms/pengumuman-2018/2270-fenomena-gerhana-bulan-penuh-pada-31-januari-2018

Bagi umat Islam, Solat Sunat Gerhana Bulan akan bermula pada jam 9:33 malam.

photo6307668329472567355.jpg

Berikut adalah Kaifiat Solat Gerhana Bulan :

Rakaat Pertama
Lafaz niat :

  1. Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua raka'at menjadi Imam/ Makmum kerana Allah Ta'ala.
  2. Takbiratul Ihram (serta niat)
  3. Membaca doa Iftitah
  4. Membaca surah al-Fatihah
  5. Membaca surah al-Kafirun
  6. Ruku'
  7. I'ktidal
  8. Membaca surah al-Fatihah
  9. Membaca surah al-Ikhlas
  10. Ruku'
  11. Iktidal
  12. Sujud
  13. Duduk antara dua sujud
  14. Sujud kedua

Rakaat Kedua :

  1. Membaca surah al-Fatihah
  2. Membaca surah al-Falaq
  3. Ruku'
  4. Iktidal
  5. Membaca surah al-Fatihah
  6. Membaca surah an-Nas
  7. Ruku'
  8. Iktidal
  9. Sujud
  10. Duduk antara dua sujud
  11. Sujud kedua
  12. Duduk tahiyat akhir
  13. Memberi salam.
  • Selepas itu Khatib akan membacakan Khutbah
  • Memperbanyakkan Istighfar
  • Hendaklah dilakukan solat gerhana bulan apabila berlakunya gerhana dan tamat masa solat gerhana setelah hilang gerhana dari pandangan.
  • Hukum mengerjakannya SUNAT MUAKKAD dan SUNAT dikerjakan dengan cara berjemaah.
  • Dibacakan "Assolatul Jamiah" sebagai ganti Iqamah.

Sumber (Source) :
Petikan daripada buku panduan Solat Gerhana Bulan Jabatan Agama Islam Negeri Johor

"Lunar Eclipse" bermaksud GERHANA BULAN iaitu Matahari, Bumi, dan Bulan berada di atas satu garisan yang lurus

"Supermoon" bermaksud BULAN BERSAIZ BESAR kerana keberadaannya yang paling hampir dengan bumi

"Bloodmoon" bermaksud BULAN BERDARAH kerana warnanya yang kemerah-merahan akibat biasan cahaya matahari

"Bluemoon” adalah gelaran yang diberikan kepada Bulan penuh yang berlaku kali kedua di dalam satu bulan yang sama. Contohnya, pada bulan Januari 2018, Bulan penuh berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 2 Januari dan pada 31 Januari 2018. Bulan penuh yang kedua iaitu pada 31 Januari itulah dikenali sebagai “Bluemoon” dan warna Bulan pada ketika itu sebenarnya masih tetap putih seperti biasa

Gabungan kesemua fenomena dikenali sebagai “Super Blue Blood-Moon”
photo6307668329472567365.jpg

Sort:  

@wanareis "GERHANA BULAN + SUPERMOON + BLOODMOON + BLUEMOON" - 4 dalam 1, ni mmg dah sgt gempar bro :O

Nnt sy meluangkan masa perhatikan fenomena ajaib ni, makasih bro :)

perkongsian yg bermanfaat 👍

alahai..terlepas smlm ='(

hari ni la..

ooops silap boss..okok noted haha, neway thks!:D

Tq for the post bro!!

Ulasan keren Ka.