Perjalanan berjumpa dengan sahabat karib semasa kolej

in #life2 years ago

Setelah sekian lama tidak berjumpa dengan sahabat karib aku semasa di zaman kolej dahulu, hari ini kami sama sama mengambil cuti. Pada mulanya, kami bersembang secara maya di whatsapp, dan aku menyatakan yang dah lama kami tidak lepak bersama. Masing masing sudah sibuk dengan kehidupan masing masing. Aku kata yang aku rindu untuk lepak bersama dengan mereka.

Tak sangka, mereka juga menyatakan perkara yang sama. Setelah berbincang, kami sepakat untuk mengambil cuti pada hari ini, dan luangkan masa bersama sama.

Secara hakikat, memang sudah lama kami tidak berkumpul bersama. Sudah melebihi 3 tahun aku rasa. Aku tidak salahkan mereka, masing masing sudah mempunyai komitmen yang tersendiri.

Aku pun sudah berpindah ke Subang Perdana. Manakala salah seorang sahabat aku sudah berpindah ke Putrajaya. Hanya seorang yang masih menetap di tempat yang sama iaitu di Gombak.

Aku merasa agak teruja untuk berjumpa mereka. Mesti akan ada cerita lama dan cerita baru yang akan dikongsi. Sesi catch-up kehidupan masing masing.

Kami bercadang untuk berjumpa di Sungei Wang kerana di situ senang untuk mendapatkan public transport. Aku boleh mengambil MRT ke sana. Daripada Subang Perdana, aku tidak perlu menukar laluan. Boleh secara terus menaiki MRT ke Sungei Wang.

Perjalanan dari Subang Perdana ke Sungei Wang memakan masa selama 35 minit, dan 5 minit berjalan kaki dari stesen Bukit Bintang ke Sungei Wang Plaza. Antara sebab mengapa aku mengambil MRT adalah kerana ianya menyenangkan.

Semasa aku membuat content ini, ada lagi 3 station sebelum aku sampai ke stesen Bukit Bintang. Nanti aku akan membuat lagi content semasa perjumpaan kami 😁.

Hahaha, rasa kekok juga sebab lama tidak membuat content menggunakan bahasa melayu. Sekali sekali ok juga, untuk mengasah tatabahasa penggunaan bahasa melayu aku.

img_0.8285587758783505.jpg


Rosmadi Razali

Sort:  

Yay! 🤗
Your content has been boosted with Ecency Points, by @rosmadirazali.
Use Ecency daily to boost your growth on platform!

Support Ecency
Vote for new Proposal
Delegate HP and earn more

Hi hi.. bro.. it must be fun to talk to your friend who you have not seen for a long time.. How is he doing ? I want to ask Putrajaya is only for government or also got for normal people?

There's part of putrajaya that is reserved for government servant. My friend's wife is a government servant, they live in a government quarters