Christmas sudah habis dan tiba masanya persediaan untuk memulakan sesi baharu persekolahan tahun 2026 πββοΈ
Ini anak pertama saya yang baharu menjejaki tahun pertama darjah 1 pada hari ini dan disini saya mahu kongsikan pengalaman kami ibu/bapa cuba mengurus anak kami ini. π
Jujur cakap, kami tidak membuat persediaan yang 100% cukup untuk menyenangkan proses sesi persekolahan anak kami ini, maksud saya bukan langsung tidak ada tetapi yang telah disediakan adalah basic needs untuk anak ke sekolah sudah dibeli seperti beg, baju seragam, kasut, dan sebagainya telah dibeli.
Tetapi apa yang mencabar ialah, proses untuk bangun awal pagi π
Ya!
Kenapa??
Sebab sewaktu kindergarten, masa masuk persekolahan adalah pada jam 7.45 pagi manakala sekarang darjah 1, masa masuk adalah pada jam 6.50 pagi π
Tetapi nasib baik untuk minggu ini, masih lagi dalam fasa penyesuaian murid. Bukan sahaja murid tetapi penyesuaian kepada ibu/bapa juga kepada masa baharu ini π
Pada masa saya menulis ini, saya baharu sahaja lepas menghantar anak saya ke sekolah dan buka blog post baharu untuk mencatatkan pengalaman kami semua.
Bangun seawal jam 5 pagi bukanlah kebiasaan anak saya ini tetapi dia buat yang terbaik untuk bangun dan menyediakan diri, kami pula terpaksa membeli makanan diluar seawal jam 6 pagi untuk dibekalkan kepada anak pada masa rehat nanti.
Settle.
Jam 6.20 pagi kami jalan daripada Taman Suria Penampang dan buka map untuk mencari jalan yang sesuai dan BOOM! JEM!
MATILAH NAK π₯
Lambatlah ni masuk sekolah kerana anak perlu sampai disekolah pada jam 6.50 pagi dan dipendekkan cerita kami terlambat sampai pada jam 7.16 pagi.
Syukurlah minggu ini masih minggu penyesuaian dan belum ada istilah lambat lagi π
Begitulah ceritanya pagi ini untuk dikongsikan kepada rakan-rakan yang membaca. Semoga minggu ini kita semua dimudahkan urusan untuk anak-anak kita πββοΈ
#kembalikesekolah #ecency #blogpost #malaysia #sabah #kotakinabalu
Thanks for sharing such a good post! Keep engaging. Curated with love by Ecency.

Vote for Ecency new proposal https://ecency.com/proposals/336
Thanks very much