"Subuh Pagi"

in #bm6 years ago (edited)

Assalamualaikum wbt.

Sahabat Steemit yang saya kasihi. Rentas dunia nusantara alam bersejarah lagi berhikmat pada akhir zaman. Berjumpa lagi kali ini dalam arena dalam penulisan. Kali ini ingin saya perkatakan ialah "Berpagi-pagi mencari rezeki". Kebetulan diri saya baru sahaja berpindah ke Shah Alam bekerja kilang di Kilang Panasonic, berdekatan Kolej Vokasional Shah Alam. Semoga perjalanan saya diberkati oleh Allah SWT. Dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kedatangan kaki ini melangkah ke sini, memang agak mencabar dan kadangkala saya lost dalam sesuatu perkara.

Pada awalnya hati ini berdebar-debar rasa dalam mengorak langkah awal ke Shah Alam ini. Almaklum seorang diri merantau ke negeri orang, sedikit sebanyak memberi faktor tekanan dari segi mental dan fizikal. Kalau nak diukurkan terkandas jua diri ini merantau dalam mencari rezeki Allah. Saya masih ingat akan wadah kata ini "Dimana kita mencari rezeki Allah SWT, jangan sesekali lupakan Allah SWT. Jagalah solat lima waktu." Besar hikmahnya kita menjaga solat lima awal waktu jika berkemampuan.

solatlah walau berdiri, boleh solat duduk, tak boleh solat duduk, boleh solat baring. Bukan sahaja kita menunaikan perintah Allah SWT. Malah itu kewajiban sebagai orang islam. Erti kata apa jua kita lakukan sebarang pekerjaan, jangan sesekali lupakan Allah SWT. Walaupun kita sering dengar hidayah milik Allah SWT. Jika diri sendiri mahukan hidayahNya. Maka hendaklah kita mencari sendiri. Apapun haruslah kita bersangka baik dengan semua orang, kerana ada juga insan yang berdosa diberi peluang untuk bertaubat. Semuanya dengan izin Allah SWT. Tiada daya melainkan kuasaNya.

Apabila bercakap rezeki di awal pagi, bermulanya rezeki maka bacalah riwayat akan ini. "rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi).

Bila sebut pasal awal pagi, teringat akan nostalgia lama saya sewaktu kecil ialah mandi air telaga. Menggunakan cebuk kelapa. Ketika kecil waktu hendak ke sekolah. Sekarang ada beberapa tempat dan negeri masih lagi ketandusan dalam bekalan air bersih untuk bermandi. Mengintai kemiskinan yang melanda sekarang, ketika saya masih kecil dahulu, mandi pula dengan berus sabut kelapa. Awal pagi sudah pun mencelikkan mata bangun pukul empat pagi menolong arwah ibu saya berniaga kuih muih di Pasar Tani di kawasan area Pulau Pinang.

Memang meletihkan namun hendak mencari sesuap nasi memang perit namun apa yang saya dapat ialah ilmu. Fikiran saya mengimbas lagi nostalgia saya ketika kecil ke sekolah harga kuih muih satu ialah dua puluh sen. Ada yang sepuluh sen. Kuih cekodok pun harga lima puluh sen bagi duit malaysia.Walaupun tradisi kuih muih tersebut masih kekal ke hari ini, cuma harga sahaja yang berbeza dan kesedapan rasa pula mengikut air tangan individu masing-masing bergantung kepada kemahiran masing-masing dalam kepakaran memasak.

Semuanya rezeki berpagi-pagi. Ada yang mengatakan pagi untuk meresetkan minda, jiwa dan juga tangga kejayaan. Malah mood yang lebih baik dan keceriaan sudah tentu berpengaruh dalam kehidupan seharian kita. Namun ada juga yang berjaga malam kerja. Ini semua faktor untuk mencari rezeki untuk sekeluarga.

Disini saya sempat snap gambar dikawasan perumahan saya tinggal.

image

image

image

image

Lokasi : Malaysia, Shah Alam Kuala Lumpur.
Email saya : [email protected] - bolehlah email saya sekiranya ingin berkenalan untuk salam sahabat dunia nusantara.

Sort:  

Congratulations @nredwo84! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

Award for the number of upvotes

Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.

To support your work, I also upvoted your post!
For more information about SteemitBoard, click here

If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

Upvote this notification to help all Steemit users. Learn why here!