MEDIA SOSIAL - NORMALISASI SATU NARSASIS DAN MANUSIA MESIN.

in Freewriters2 months ago

428615803_10161811231221042_5125414186167256750_n.jpg

Tulisan-tulisan yang dahulunya diatas kertas dan di sunting para guru-guru kini bebas merapu-rapu. Cakap-cakap yang tidak bertapis, tanpa segan dan tanpa silu.

Di mana "Ungku Aziz". Di mana "Khoo Kaw Kim" kita kini? Manakan ada lagi yang seperti mereka, sedangkan sistem pendidikan asalkan lulus. Cantik dilihat di kaca berita namun apa yang dituai dan berbuah nanti apa hasilnya? Ia sudah bisa di lihat, saudari dan saudara.

Rosaknya ini apakah ubatnya? Patutlah dalam cerita lama Tuhan terbalik dan dibanjirkan sahaja dunia. Biar penyek dan lemas agar pucuk baru tumbuh semula.

Aplikasi komunikasi menjadi alat narsassis. Gambar profil membangga diri. Semua mahu menjadi pempengaruh sejati. Pengikut-pengikut mencium kaki. Mungkin kerana itulah bangsa sebegini.

Tudungmu labuh tapi adab mu senteng. Kamu Melayu tapi kata-katamu melulu. Bukan arak sahaja yang bisa bikin ‘mabuk’. Mabuk kuasa dan mabuk wang. Mabuk cinta dan harta. Mabuk mesin yang semakin manusia. Manusia yang semakin hilang kemanusiaan. Masuk bakul angkat sendiri sudah menjadi sifat asasi.

Tempurung gergasi pempengaruh menutup minda. Katak-katak terkatup dibawah bayangannya yang makin hilang akal.