PERIHAL PUITIS SAWAH BENDANG

in Freewriters13 days ago

431941997_10161848402526042_8048445032949487056_n.jpg

Dalam Semerah Padi, cahaya suria indah mewarnai saat-saat gembira Aduka dan Dara. Bertemu sua menjamah juadah melafaz cinta. Kesemuanya terjadi sebelum nada cerita bertukar gelap gelita bermula dengan kematian Kachiwa.

Dalam Ranjau Sepanjang Jalan, sawah bendang menjadi tempat bermulanya derita Si Jeha sebagai isteri setelah kehilangan suami, Lahuma kerana terpijak duri berbisa. Juga ular yang menghantui Si Jeha sampai naik gila.

Dalam Jogho, sawah bendang terbiar tidak diusaha. Sibuk membelai si lembu Calet dan Langsat untuk dilaga. Sehingga bertumpah darah dan Mamat dipenjara.

Dalam Mukhsin, protagonist nama yang sama bermimpi indah dengan si Orked di sawah yang sedia dituai. Cantik dan kuning. Si saat Mukhsin pergi tinggalkan dia, Orked berlari mengejar, melepasi sawah padi yang kering kontang dan pohon-pohon yang kering.

Dalam Hassan's Homecoming, protagonist Hassan menabahkan diri mengerjakan sawah bendang untuk membayar beban hutang yang ditinggalkan oleh ayahnya yang sudah meninggal.

Dalam Jalan Pintas arahan Nam Ron, hidup dikampung dikelilingi sawah bendang yang kering tidak diusahakan, anak muda teruja panggilan berhijrah ke kota.

Dalam Nirojim arahan Abro Rivai, masalah wang dan ketamakkan manusia menjadi penyakit. Juga ditengah-tengah kehijauan sawah bendang.

Dan dalam flem La Luna, sawah bendang menjadi tempat tumbuhnya bumbung berlindung bagi wanita-wanita yang didera dan terkurung.

Negara Malaysia ini serupa dengan sebidang sawah bendang yang luas. 'Padi' yang tidak cantik yang kita tuai sekarang ini adalah hasil semaian 'benih baja' orang orang terdahulu. Untuk kita tuai padi yang cantik, janganlah dipotong tangan yang sedang menyemai dan bersabarlah berlumpur ketika membajak.

"Dicelah lumpur yang ku langkah
Bersama peluh yang mengalir" - Riwayat Petani, Fauziah Ahmad Daud.