
Ringkasan daripada perlawanan ini, Manutd telah mengawal perlawanan dengan AMAT BAIK pada masa pertama dengan menggunakan LOW BLOCK pada syatem pertahanan dan mengurangkan permainan BUILD FROM THE BACK yang selalu dilakukan oleh Ruben Amorim dalam sistem yang dia selalu mainkan.
Dengan hal ini, Manutd telah menggunakan LONG BALL sebanyak yang mungkin dan berusaha untuk BYPASS midfielder Liverpool dan berusaha untuk memenangkan SECOND BALL.
Kenapa Ruben Amorim menggunakan taktik ini? 🤔
Ini kerana, Ruben Amorim tahu Manutd masih kalah dalam area MIDFIELD dan tidak mengambil risiko untuk berlawan dengan pemain MIDFIELD Liverpool yang sangat KUAT pada masa ini.
Dengan adanya taktikal ini, Manutd telah mendapatkan gol pembukaan disaat-saat awal perlawanan melalui hantaran Amad Diallo kepada Bryan Mbuemo yang telah merembat masuk gol yang amat cantik mengalahkan penjaga gol Liverpool.
Tetapi Liverpool juga tidak berdiam dan telah mendapatkan gol penyamaan melalui Cody Gakpo yang licik membuat TAP mudah didepan gawang United.
Pada separuh masa kedua United telah berusaha mendapatkan gol kemenangan melalui Harry Maguire yang menanduk masuk hantaran lintang daripada Bruno Fernandes dan ini adalah gol kemenangan United mengalahkan Liverpool 2-1.
Gol Harry Maguire ini membalas kembali kepercayaan Fans United apabila pada musim lalu Harry Maguire telah melepaskan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan United melawan Liverpool (video dibawah)