REZEKI ON TIME✓✓✓

in #holiday5 years ago

••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Apa² yg dilangit dan di bumi adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah tempat kita kembali.
Jika nak hitung nikmat Allah,tak terhitung nikmat Allah.
Rezeki ialah apa² yg kita ambil manfaatnya.
Apa yg kita nafkahkan itulah rezeki.
REZEKI ADA 3:
1)Rezeki bertemu dgn Allah
2)Rezeki mendapat syurga Allah.
3)Rezeki yg kita dapat cth makan,minum pakaian hingga senyuman yg org beri itu juga adalah rezeki dari Allah.

KALAU REZEKI SUDAH DITAKDIRKAN,KENAPA PERLU BERKERJA?
Allah nyatakan setiap yg melata di muka bumi ini,Allah telah jamin rezekinya di Lut Mahfuz.
Dan carilah apa yg dijadikan oleh Allah utk kita semua.
Kita hendaklah mencari rezeki.
Allah dah janjikan rezeki utk kita,kita perlu cari rezeki.
KITA MESTI BERUSAHA.
Ulat dalam batu juga rezekinya sudah dijamin oleh Allah.
Tapi kita kena juga berusaha.
Nak dapat kekayaan,mesti berusaha.
Solat bukan syarat nak jadi kaya tapi dgn solat Allah beri keberkatan pada rezeki kita.
BAGI ORG YG BERIMAN, KEHIDUPAN MEREKA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
BAGI ORG KAFIR MEREKA HANYA KEJAR DUNIA SAHAJA.

APAKAH AMALAN² UTK MENJEMPUT REZEKI?
Antara amalan² yg boleh menjemput rezeki,melakukan solat dhuha.
Setidak~tidaknya lakukan 2rakaat.
Kita kena bersedekah 360 sendi dgn melakukan solat dhuha.
Selepas beri salam pada solat dhuha,kita perlu beristighfar.
Selepas itu doa.
Perbanyakkan istighfar,Allah akan murahkan rezeki.
Kita beristighfar bukan utk harap dunia tapi juga utk akhirat.
Baca surah Al~Waqiah stiap malam tak akan jatuh miskin.
Hadis ini hadis daif.
Kita masih boleh amalkan hadis ini kerana ada fadilat² amal.
Jgn amalkan dgn niat semata~mata utk kehidupan dunia sahaja.
KITA NAK KAYA DUNIA DAN KAYA AKHIRAT.

ANAK² ITU REZEKI DAN ANAK² YG BAGAIMANA YG DIKATAKAN REZEKI?
Anak² yg solat itulah rezeki.
Anak anugerah Allah.
Allah beri kita anak itu adalah rezeki dan Allah tak beri anak itu juga adalah rezeki.
Anak yg soleh,anak yg mendoakan ibubapanya itulah rezeki.
Allah kata jangan bunuh anak² kerana takut miskin kerana Allah yg akan beri rezeki.
Beri anak² ilmu.
Dgn ilmu anak² jadi anak yg berjaya.
Org buat baik pada anak kita,itu juga rezeki.
Bila matinya anak Adam terputus semua amalan kecuali antaranya doa anak² yg soleh.

BAGAIMANA YG DIKATAKAN TAK ADA ANAK ITU JUGA REZEKI?
Rezeki bukan sahaja apa yg kita dapat.
Belum dapat anak itu juga rezeki kerana mungkin bila kita dapat anak,Allah akan uji dgn anak.
Dan tak dapat anak,kita makin dekat dgn Allah dan makin memohon pada Allah.
Banyakkan istighfar pada Allah.
KALAU DAPAT ANAK DAN SEMAKIN JAUH DARI ALLAH,ITU BALA.

APAKAH REZEKI YG PALING BESAR?
Rezeki yg paling besar bila kita dapat bertemu dgn Allah dan dapat syurga.
Allah kata beri khabar gembira pada org yg beriman dan org yg melakukan amal² soleh.
Perbanyakkan amal soleh.

BAGAIMANA NAK ISTIQAMAH DGN REZEKI YG ALLAH BERI DAN BERSYUKUR?
Boleh amalkan Ya~Razzak,Ya Fattah.
Yg paling penting kita kena perbanyakkan bertadabbur dgn pemberi rezeki.
Sesiapa yg bertaqwa pada Allah,Allah akan beri rezeki tanpa diduga.
KITA BERAMAL DGN YA RAZZAK DAN KITA TETAP PERLU BERUSAHA UTK DAPAT REZEKI.
Kita juga kena perbanyakkan berdoa dan bertawakkal pada Allah.
BANYAK LAKUKAN DOSA AKAN MENYEMPITKAN REZEKI.

BAGAIMANA YG DIKATAKAN REZEKI YG BERKAT WALAUPUN SEDIKIT?
Ada org pendapatan sedikit tapi cukup.
Nak dapat rezeki yg berkat ialah dgn banyakkan bertaubat pada Allah dan berusaha cari rezeki yg halal.
JAUHKAN DARI REZEKI YG HARAM.
Banyakkan bersyukur,Allah akan tambah rezeki.
Allah beri rezeki sesuai dgn keperluan kita.
Kita akan rasa tenang dgn rezeki yg Allah beri dan kita mesti qannah dgn rezeki yg Allah beri.
Bersyukur dgn rezeki dan perbanyakkanlah sedekah.

BAGAIMANA NAK MANFAAT REZEKI UTK BANTU KITA MASUK SYURGA?
Bila kita dapat rezeki,dekatkan diri pada Allah.
Dan gunakan rezeki itu di jalan Allah.
Cth Abdul Rahman bin Aub seorang yg dermawan.
Dia tertinggal satu takbir pada solat jemaah.
Dia kata pada Rasulullah,apakah saya boleh menebus satu takbir yg tertinggal itu

dgn berikan 600ekor kuda?
600 ekor kuda itu tak sama dgn tertinggalnya satu takbir.
SEDEKAHLAH DGN HARTA YG ALLAH BERI,IN SHAA ALLAH,ALLAH AKAN GANDAKAN REZEKI KITA.
Rezeki yg berkat akan mendekatkan kita pada Allah dan rezeki yg tak berkat akan menjauhkan kita dari Allah.

BAGAIMANA CARA NAK MENGAUT KEUNTUNGAN DALAM PERNIAGAAN YG SEBENAR DALAM ISLAM?
Abdul Rahman bin Aub beli unta dan jual unta itu umpamanya beli 1000 dirham dan jual dgn 1000 dirham(tak ada untung)
Dan dia juga jual pengikat unta.
Dgn pengikat unta itulah dia dapat keuntungan.
Jangan menipu ketika berniaga.
JUJUR KETIKA BERNIAGA.
Berzakat dan bersedekah dari hasil perniagaan itu supaya kita bersyukur.

BAGAIMANA SEDEKAH BOLEH JADI PINTU REZEKI SESEORANG?
Apa² yg dibelanjakan, Allah akan mengantikannya.
Allah akan menggandakan rezeki org yg bersedekah.
Allah akan lipat ganda rezeki pada sesiapa yg Allah kehendaki.
Ini janji Allah dan Allah tak mungkir janji.
YG KITA TINGGALKAN ITU REZEKI ORG LAIN.
APA YG KITA BERIKAN ITULAH REZEKI KITA.
Mudah²an Allah beri syurga.

BAGAIMANA YG DIKATAKAN SENYUM ITU SEDEKAH?
Org nak beri senyuman itu bukan mudah.
Kadang² kita jumpa org mukanya masam.
Jika kita senyum pada org,kita telah mengembirakan hati org lain.
Bila kita gembirakan hati org lain,itulah sedekah.
Ada rezeki yg zahir dan ada rezeki yg batin.
Rasa tenang, gembira itu adalah rezeki.
Jgn pandang remeh dgn senyum.
AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR ITU JUGA REZEKI.

BOLEHKAH KITA RASA HEBAT DGN REZEKI DAN MENGATAKAN INI SEMUA USAHA AKU?
ALLAH TAK SUKA ORG YG SOMBONG.
Org yg ingkar dan org kafir mengatakan dunia ini adalah kehidupannya hingga mengatakan apa yg dia usahakan itu adalah usahanya sendiri.
MEREKA LUPA ALLAH YG BERI REZEKI.
Bila Allah beri rezeki,jgn sombong.
Allah hanya melihat hati kita yg mendekatkan diri pada Allah.

APAKAH TINGGAL DI NEGARA YG AMAN ITU REZEKI DAN APAKAH SAHABAT YG BAIK ITU JUGA REZEKI?
Ya,tinggal dalam negara yg aman itu juga rezeki kerana kita dapat selesa utk beribadah.
Berkawan itu juga rezeki.
Sesiapa yg suka dilapangkan rezeki dan usianya,sambungkanlah silaturrahim.
Nasihat yg baik itu juga rezeki.
Berbuat baiklah pada kawan dan jangan bermasam muka.

DIBERI KESIHATAN YG BAIK TAPI TAK BERSYUKUR,BAGAIMANA NAK BERSYUKUR?
Kesihatan itu adalah rezeki.
Ketika sihat dan masa lapang ini perbanyakkanlah beribadah pada Allah.
Perbanyakkan selawat.
Bila kita sakit,kita akan susah nak beribadah pada Allah.
Bila kita susah nak beribadat kita telah melakukan kemungkaran,dgn kemungkaran rezeki akan jauh dari kita.
GUNAKAN PELUANG KETIKA SIHAT INI DAN SEMOGA KITA TERMASUK ORG² YG BERSYUKUR.

PERBANYAKKAN BERSYUKUR DAN BERINFAK PADA ALLAH.
MUDAH²AN ALLAH BERI SYURGA.

@sandyprasasty

Posted using Partiko Android