STEEMIT CARTOON : RAJA KARTUN MALAYSIA DALAM KENANGAN.

in #steem-cartoon6 years ago (edited)

Hi semua steemians!

Kali ini saya bawakan kembali ingatan dan kenangan anda kepada RAJA KARTUN MALAYSIA. Rata-rata kartunis di Malaysia mengenalinya dan mungkin pernah mendapat didikan daripada Arwah Rejabhad. Mungkin juga ada yang tidak pernah mengenalinya. Jadi saya kongsikan sedikit maklumat berkaitan arwah Rejabhad.

20180304_164411.jpg

Arwah Rejabhad merupakan kartunis Senior ( mula berkarya sejak tahun 50 an) yang sangat disegani dan ramai kartunis yang terkenal di Malaysia hari ini pernah mendapat didikan awal melalui Bengkel Kartunnya.

Arwah Rejabhad tekun mendidik kartunis pelapis. Arwah Rejabhad banyak berkongsi idea dan kemahiran berkartun dengan kartunis muda.

20180304_164504.jpg

Dulu arwah Rejabhad seorang tentera. Tetapi setelah tamat perkhidmatannya, arwah Rejabhad menumpukan sepenuh masa sebagai kartunis.

20180304_164429.jpg

Arwah Rejabhad telah dianggap sebagai Tok Guru dikalangan kartunis-kartunis muda.

20180304_171049.jpg

Arwah Rejabhad sering memberi galakan dan semangat pada setiap kartunis muda yang datang kepadanya.

Sukar mencari penganti seikhlas arwah Rejabhad.

20180304_172011.jpg

Yang TUA DIHORMATI dan yang MUDA DISAYANGI.

Al Fatihah buat Arwah Rejabhad...

U5drV7uDcPWxAUXsRNKHWfCjGurQhdw_1680x8400.jpg

23456346_10212436670985270_2505009660433012744_o.jpg

@brojoe ...Follow Me!!

Sort:  

Gila-Gila.. ni majalah legend ni, x miss beli masa kecil dulu

Terima kasih atas sokongan. GILA GILA sudah menghampiri usia 40 tahun ( 1 April 2018). Jangan lupa dapatkan keluaran isu 40 tahun ini nanti.