Based on true story...
Seperti biasa, kelmarin saya betugas sebagai pegawai penyiasat Jenayah 24 jam. Bermula daripada 7pagi sehingga 7pagi hari berikutnya.
Ya, kebiasaanya saya sudah lali mengambil pelbagai jenis kes yang dirujuk kepada saya sama ada kes-kes jenayah berat seperti samun, rogol, kes pecah rumah, ragut, curi dan sebagainya termasuklah kes-kes tangkapan pendatang tanpa izin.
Namun, semalam merupakan satu detik yang saya rasakan telah membuka mata saya dengan lebih luas. Bukan tidak biasa mengambil kes-kes tangkapan pendatang tanpa izin. Tetapi cerita ini sangat berlainan.
Seperti biasa telefon berbunyi. Waktu itu jam lebih kurang 0130pagi. "Tuan, ada tangkapan kes PATI", lebih kurang macam begitulah bunyi laporan daripada anggota balai bertugas.
Saya kemudian bertanya, tangkapan orang apa?
dan anggota bertugas mengatakan " satu perempuan bersama dengan 2 orang anak lelaki dia berusia 2 tahun dan 5 tahun".
Apabila saya mendengar itu, terasa hati menjadi marah. Saya kemudian bagitahu semula anggota tersebut "siapa tangkap? Kenapa tangkap budak-budak? Masa itu, saya bukan memikirkan bahawa perempuan yang ditangkap itu adalah penjenayah yang tinggal di negeri ini tanpa permit atau dokumen yang sah.
Saya langsung tidak berfikir tentang kesalahan perempuan tersebut tetapi dalam fikiran saya ada anak kecil yang tidak tahu dan tidak mengerti apa-apa akan masuk ke dalam tirai besi.
Pic source: Google Image
Dalam fikiran saya terbayangkan, bagaimana sekiranya dalam lokap itu adalah anak saya sendiri?
Sakit hati saya itu bertambah-tambah tetapi saya juga tidak dapat berbuat apa-apa.
Kemudian, pagi tadi saya pergi melawat perempuan tersebut dan 2 anaknya di dalam lokap. Tersangat sakit hati saya melihat 2 kanak-kanak kecil itu tidur beralaskan simen yang sejuk dan keras tanpa ada selimut pun.
Saya terus membayangkan bagaimana kalau mereka lapar? Sedangkan di dalam lokap makan mengikut jadual yang ditetapkan. Bagaimana mereka hendak bermain, sedangkan di dalam lokap hanya ada ruang yang kecil. Bagaimana mereka hendak berjalan dan berlari ke sana ke sini dengan ruang yang sempit.
Bagaimana anak-anak kecil ini melihat terlalu banyaknya orang dewasa di dalam lokap itu yang mungkin mempunyai pelbagai penyakit? Semua perkara ini berlegar- legar di fikiran saya.
Kemudian saya menghampiri si ibu dan bertanya,macam mana kamu ditangkap? Kemudian si ibu menjawab, "saya datang balai serah diri tuan". Terkejut sekejap saya mendengarnya. Saya kemudian bertanya lagi, apa sebab kamu serah diri? Perempuan itu pun menjawab, saya tidak tahan tuan, suami saya sering memukul saya dan sebab itu saya datang untuk minta ditangkap untuk dihantar pulang ke negara saya Filipina.
Saya bertanya lagi, kamu lahir di mana? Saya lahir di sandakan tuan, tapi ibubapa memang warganegara filipina tidak ada dokumen.
Saya teruskan pertanyaan, "jadi kalau balik filipina kamu ada dokumen ka kalau di sana?
Perempuan itu menjawab "tiada tuan".. Saya terkedu sekejap, dalam hati saya, bagaimana pula, negara tersebut akan menerima kamu tanpa dokumen yang sah menyatakan kamu adalah warganegaranya.
Ya, memang tidak dapat dinafikan mungkin dari segi bahasa, budaya dan latar belakang, mereka memang warganegara di negara tersebut. Tapi adakah mereka diterima tanpa dokumen pengenalan diri yang sah?
Saya berasa sedih untuk mereka. Ini bukan yang mereka mahukan, mereka juga manusia punya impian dan harapan. Bagi saya dunia memang memang mempuyai peraturannya tersendiri tapi jangan pinggirkan kemanusian. Letakkan kaki kita di tempat mereka.
Mungkin kita cuma bernasib baik. Hidup ini sementara, berbuat baiklah sesama manusia.
pic Source: google Image
It's sad indeed when you see innocent kids in the prison. They not know anything and they don't even understand what is the place.
Pic source: Google Image
Let's fight for humanity!
Very sad indeed 😔. Harap2 kalak nanti ada harapan cerah bagi si ibu tersebut dan anak2 dia. Sampai bila lah humanity will get to reach the stage yg kita semua boleh hidup tanpa sengsara. Sedih memikirkan nasib2 mereka yg malang di dunia ni..satu hari nanti, harap akan dapat menolong golongan seperti mereka. Keep up the good work and steem on Mr POLICE.
@killuminatic, yes it's sad indeed. Hopefully they will have a better and happy life because they deserved it.
Duiii,kesiannya tu mama sama c budak,sy tsa bukn dia sorg sja di sabah begitu...maybe ramai lg..cuma dia ni sja tidk bernasib baik dpt suami begitu...mereka pun manusia juga...ada hati dan perasaan...bukannya binatang...harap2,ade org yg akan menolong mereka...
@zamifara ya sebenarnya ramai lagi mcm tu. Tp first time experience sy nmpk budak yang begitu kici di dalam lokap. Betul2 bikin kesian..
anda adalah seorang polis yg bagus.. sedih pulak dgn ni cerita..huhu