SENARAI DOKUMENTARI YANG PATUT ANDA TONTON

in #topten7 years ago

Kali ni aku nak listkan senarai dokumentari yang korang patut tengok untuk menambahkan ilmu. Seriously ada yang aku baru tahu dan ada yang aku tahu dah lama tapi aku suka nak tahu lagi..ok..there it goes..

  1. Auschwitz-The Nazi and the final solution. Dokumentari berkisarkan tapak pembunuhan terbesar didunia dengan jumlah kematian 1.1 juta orang yang direkodkan semasa Nazi berkuasa. Interview dengan bekas tentera dan tahan yang masih hidup dan terlibat secara langsung. Memang tak terbayang kekejaman dorang. Ada sebab kenapa ia dipanggil 'the final solution'
    8DDF8194-BB6B-424D-824F-319D33371C6F-19091-000021E564CFBA7C.jpeg

  2. Nazi concentration camp. Dalam dokumentari ini adalah footage sebenar semasa tentera soviet masuk ke german untuk mengalahkan nazi dan berakhirnya perang dunia ke-2. Amaran: Visual boleh menggangu minda!
    5BEC8F8D-EC9A-4F38-94FE-41BCD7FAAE55-19204-000022506050F28A.jpeg

  3. Genius. Ketahui rivalry antara inventor-inventor terkemuka dunia. Bagaimana mereka bermula, cabaran dan persaingan yang membolehkan mereka terkenal dan berjaya dikenali sehingga sekarang. Antaranya persaingan antara Jobs vs Gates, Wright brothers vs Curtiss, Hearst vs Pulitzer dan lain-lain.
    4E220AD6-4931-4865-AFCB-EFA1DC1FEDCF-19204-0000225AAE7EC9E5.jpeg

  4. The Confession Tapes berkisar tentang ketidakadilan yang terpaksa diterima apabila dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang tidak mereka lakukan, antaranya adalah jenayah bunuh. Mereka ini diperdaya dan dipaksa sehingga membuat pengakuan untuk menutup kes. Malang kan?
    3B65BF48-82C8-441E-9CF4-9E0B845797EF-19204-0000225D391BFC4C.jpeg

5.Top 10 secret & mystery adalah himpunan kejadian dan perkara pelik diseluruh dunia antaranya tentang ET, haiwan-haiwan pelik, bangunan yang dijadikan upacara ritual, aktiviti paranormal, megastruktur purba dan pelbagai lagi. Best jugak layan..
IMG_9651.PNG

  1. Architecture top 10 (musim 1-2016). Memaparkan binaan dan rekaaan arkitek terkemuka dunia. Setiap episod akan memfokuskan kepada satu binaan seperti jambatan, pengangkutan, museum, stadium, monumen dan macam-macam lagi.
    IMG_9652.PNG
  1. Minimalism. Yang ni berkaitan tentang pandangan pemilihan gaya hidup sesorang, yg kita sebenarnya tanpa sedar banyak sangat dipengaruhi media, sampaikan membuang duit dengan membeli barang yang kita tak perlu pun.
    IMG_9664.PNG

8.Ben Fogle: Lives in the wild. Dokumentari yang ni memang best. Ben adalah warga metropolitan London yang tinggal bersama-sama dengan mereka yang pernah hidup dan membesar di bandar besar tetapi akhirnya memilih untuk meneruskan hidup di kawasan pedalaman yang jauh daripada kemodenan. Kenapa? Ada sebab mereka memilih untuk hidup di tempat terpencil..kena tengok!
CFB57A7E-5733-496D-9980-3E15F11EF220-19920-00002369DBF97DAA.jpeg

  1. Life below zero: ini pula memaparkan kehidupan mereka di Utara Amerika dengan suhu ekstrem. Apa yang mereka usahakan, bagaimana mereka struggle untuk hidup hari demi hari. Tak dapat pegi Alaska pun jadilah, tengok dorang aje pun dah rasa sejuk..
    IMG_9666.PNG

  2. The banking of Bitcoin. Yang ni kena tengok sendiri. Memang best. Bagaimana ia bermula, bagaimana ia memberikan alarm kepada institusi perbankan. Digalakkan untuk menonton.
    IMG_9668.PNG

Sort:  

Congratulations @zellina! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

Award for the number of posts published

Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
For more information about SteemitBoard, click here

If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

By upvoting this notification, you can help all Steemit users. Learn how here!