#MOREH DI BuLaN RAMADHAN

A7F0ABCF-2ED9-4AA6-A345-1B7EEC5C8DEE.jpeg
Source Image


Moreh...saya tahu anda semua pernah dengar perkataan ini bukan..perkataan ini sangat biasa dan famous digunakan apabila tiba bulan Ramadhan di kalangan orang muda atau orang tua.

Apa itu Moreh?

Moreh atau kata lainnya ialah menjamu makanan kepada jemaah surau atau masjid yang selesai menunaikan solat terawih atau witir.

Menarik Minat

Apabila disebut moreh maka tidak lain dan tidak bukan lagi golongan kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira mendengarnya. Ini kerana moreh inilah yang menarik minat golongan muda ini untuk datang menunaikan solat di surau atau masjid.

Bagaimana ia dilakukan...

Seperti tahun sebelumnya, setiap jemaah akan berbincang dan menentukan giliran masing-masing mengikut persetujuan yang telah dibuat. Setiap malam selepas selesai solat sunat terawih atau witir para jemaah akan dijamu dengan makanan dan minuman yang telah dibawa.

Membantu yang memerlukan

Moreh adalah perkara yang sangat bagus untuk membantu yang memerlukan dari segi makanan justeru dapat mengeratkan silaturahim antara jemaah surau atau masjid.

Marilah ber Moreh sambil beramal

Mari lah kita menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam,bukan sekadar datang untuk ber moreh tetapi beramal ibadah untuk akhirat nanti.


Selamat beramal dari saya @zayyadmikael..🙂

Sort:  

This post has been curated by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness