trader miskin

in #hang7 years ago

Baru lepas jawab Call seorang rakan Trader.. Sembang dekat setengah jam.. Nie Share lepas mintak kebenaran dia.. Moga bermanfaat kandungan perbualan. Saya tulis yang perlu sahaja..

Trader: Bang.. Saya nak jadi Full time trader. Modal Ada nie bang. Ingat nak depo Isnin nie dalam USD100,000. Trade account kecik Susah kan bang?

Saya: Betul ke dah ready nie? Sekarang nie ada kerja lain ke?

Trader: Tak ada bang. Macam-macam business saya Try tapi semua tak pergi. Saya cuba jugak trade nie, kadang-kadang bagus bang.

Saya: Macam mana kadang-kadang bagus tu?

Trader: Kadang-kadang buat banyak bang. Ada hari Account saya Grow banyak sehari. Tapi kadang-kadang tu hancur.

Saya: Awak paham kan yang kalau awak pilih untuk jadi Full time trader, Inilah sumber mata pencarian awak. Kalau kadang-kadang hancur, camne awak nak berharap kepada trading awak?

Trader: Hancur sebab modal saya kecik bang. Itu yang tamak tu. Letak lot tak kena. Kalau letak dalam 100k, sebulan dapat 5-10% cukup dah. Baru dapat jaga MM, risk reward Semua.

Saya: Bagaimana awak tahu hujung bulan tu awak gerenti dapat 5-10%?

Trader: Boleh bang. Kalau sehari pun saya dapat buat dekat nak 30%, takkan 5-10% tak dapat?

Saya: Cerita dia bukan pasal dapat tak dapat. Cerita dia pasal konsistensi dan proses. Kawalan disiplin, emosi. Trading Psychology tu.

Trader: Takde masalah semua tu bang. Apa pendapat abang?

Saya: Macam nie lah. Ini pandangan saya. Awak ikut tak ikut, itu awak pikir sendiri. Cadangan saya macam nie: Bukak satu demo account, trade Ikut risk management yang saya dok ulang dalam Group (ini pelajar CTFx). Kalau awak boleh ikut proses awak, buat trade plan, buat trade review selama sebulan, awak mula hantar result dan trade journal Awak kepada saya pada bulan kedua. Saya akan monitor harian tiap kali awak hantar. Bila kita bersetuju yang awak dah ready, then kita mula dulu satu Account yang sederhana. Yang selebihnya awak letak kat FD ke, apa ke yang bagi pulangan tetap. Camne?

Trader: Ok bang. Tapi demo account Takde feel bang.

Saya: Kalau kat demo awak tipu diri, tak ikut disiplin, kat real money account Lagi Payah.

Trader: Ok bang. Tq.

Saya: Sama-sama

Bukan senang nak senang. Buktikan kepada diri, bukan kepada orang lain. Sebagai mentor, tanggungjawab saya adalah memastikan peserta mendapat bimbingan secukupnya dan menguasai diri Trader serta membina minda sebagai Trader.

steees.jpg