Orang Utan Mempertahankan Rumahnya Daripada Dirobohkan Oleh Manusia

in #life5 years ago

Sebuah badan organisai International Animal Rescue (IAR) memuat naik sebuah video yang sangat menyayat hati setiap orang yang melihatnya. Video berdurasi 30 saat yang berlaku di indonesia itu mendapat tontonan lebih daripada 2 juta orang di Facebook.

Seekor orang utan berjaya dirakam sedang mempertahankan rumahnya daripada dimusnahkan manusia, telah berjaya menarik perhatian ramai pihak dan bersimpati terhadap nasib orang utan tersebut. Haiwan itu berjalan menuju ke arah excavator atau kereta pengorek dan cuba menolak kereta tersebut daripada terus memushanhkan rumahnya.

Haiwan malang itu kelihatan berlari ke arah excavator dan cuba menahan daripada rumahnya dimusnahkan, malangnya dia telah ditembak dengan dart gun atau peluru pelali dan dia terjatuh daripada batang pokok tersebut. Dia yang sedang kesakitan dan terkejut cuba melarikan diri daripada ditangkap namun usahanya tidak berjaya. Orang utan itu berjaya ditangkap dan dia telah dihantar ke tempat yang selamat.

Orang utan itu telah dihantar ke pusat perlindungan dan penjagaan haiwan di Ketapang, west borneo di Indonsia. Pusat perlindungan ini telah berjaya menyelamatkan lebih daripada 100 ekor orangutan.

“Walaupun dikecam teruk dengan pelbagai cemuhan tapi pekerja yang terlibat itulah yang telah menyelamatkan dan membawa orangutan itu ke pusat perlindungan yang selamat” kata IAR di Facebook.

“Malangnya, kejadian seperti ini semakin banyak terjadi di dunia terutama di indonsia. Pembalakan telah menyebabkan populasi Orang utan semakin pupus dan habitat mereka semakin musnah apa yang tinggal adalah mereka kelaparan dan tiada temapt berteduh”

Tidak kiralah negara INDONESIA atau MALAYSIA, pembalakan perlu dikawal dan terutama sekali pembalak haram yang sesuka hati membalak di kawasan hutan yang tak dibenarkan perlu lah dikawal. Penanaman semula pokok juga perlu diperbanyakkan- DUKU LANGSAT

source:https://dukulangsat.com/orang-utan-mempertahankan-rumahnya-daripada-dirobohkan-oleh-manusia/?fbclid=IwAR08wgGXnhqAU9DrHBA571J17vTrsb3GAZe4nEWfxXxfpRX9cej34Ujkz-E

Sort:  

Source
Plagiarism is the copying & pasting of others work without giving credit to the original author or artist. Plagiarized posts are considered spam.

Spam is discouraged by the community, and may result in action from the cheetah bot.

More information and tips on sharing content.

If you believe this comment is in error, please contact us in #disputes on Discord

Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
https://dukulangsat.com/orang-utan-mempertahankan-rumahnya-daripada-dirobohkan-oleh-manusia/

He was protecting his home.

Posted using Partiko Android

!cheetah ban
Plagiarism, copy/paste