Salam Sayang Untukmu Sahabatku.

in #photography6 years ago (edited)

SAHABAT SEJATI

Duhai sahabatku yang ku sayangi
Syukur kerana Tuhan pertemukan kita
Biarpun hanya sahabat di alam maya
Wajah mu berseri bagai kan bulan purnama..
ketika mentari menyinari Alam semesta..
Keriangan sang burung berkicau riuh..
Terbang tinggi di angkasa raya..
Di dada langit yang terbentang luas
Bagaikan hamparan permaidani
Saujana mata memandang

Sang bayu mnyalut tubuh di hening pagi. .
Kesejukkan menusuk ke kalbu

Ku iringi serangkap puisi buat teman teman semua.
Sebagai pendoman kita bersama.
Tak kira apapun perbezaan kita
Tak kira siapapun kita
Kita tetap sahabat yang sehati sejiwa





Wahai teman temanku semua.
Dikau anugerah istimewa buat diriku..
Di kala ku kesepian .
Dikau lah penyeri ..
Membuat diri ini sentiasa dalam kegembiraan..
Tanpa mu sahabat
Hidupku tak bermakna.
Bagai kan ada kapal tiada nahkodanya.
Hanyut tanpa tujuan.

wahai sahabat sahabatku
Ku bersyukur padaNya kerana memberi Ku nafas baru ..
Bersamamu sahabat ku kenal erti ikhlas
Jujur dalam sebuah perkenalan
Terima kasih sahabat
Kerana sentiasa ada bersamaku
Tak kira masa senang ataupun duka
Kau sentiasa ada di sisi

Doaku pada Yang Esa
Semoga persahabatan yang terjalin
Akan kekal hingga akhir hayat kita
Kau sahabatku dunia akhirat..



Sort:  

Kalau boleh tau, foto itu lagi event apa dan lokasi dimana?