Practice session 1

in #steem-6 years ago (edited)

image
Salam sejahtera untuk semua steemian di malaysia...kali ini izinkan saya membuat post didalam bahasa malaysia...orang putih ka...orang hitam ka....orang biru ka...kita kan orang malaysia hahahaha... Hari ini seperti biasa adalah hari sibuk saya dengan kelas muzik....bermula seawal 10pagi Hinggap 6 petang sepatutnya....tetapi kerana ada beberapa Student Yang tak hadir...maka kelas saya berakhir dalam jam 4 petang. Sehabis kelas saya Yang diadakan di kota damansara hari ini...saya bergegas ke bangsar untuk bertemu kawan saya di Steemit ini iaitu En. caleb..beliau juga seorang guru muzik...seperjalanan saya ke bangsar...cuaca amat mencemburui kedatangan saya kali ini...hujan selebat- lebatnya di sepanjang perjalanan...jarak Yang hanya 12km dari kota damansara ke bangsar mngambil masa hampir satu jam untuk sampai. Apapun akhirnya saya selamat sampai ke destinasi...dan saya terus dibawa kebilik En.
caleb...disitu kami cuba berlatih ala-ala segan memainkan lagu-lagu latin...biasala apabila ahli muzik bertemu dengan ahli muzik...'jamming' la kerjanya..sebenarnya tujuan saya menemui en. Caleb adalah ingin mengambil sedikit ilmu tentang Steemit...belajar menggunakan discord...cara-cara buat posting.... Alhamdulillah...dapatla ilmu baru hari ni...dan saya akan cuba praktis sehingga saya mahir...tak lama...lebih kurang setengah jam peetemuan....saya pun mula melangkah pergi....pergi ke restoran Mahbub la di bangsar...kena Ayam madu...sodappp beb....ok la...ini la saja perkongsian aktiviti hujung2 hari dihujung minggu saya kali ini..semuga bertemu lagi di lain kali.

Sort:  

You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness