Petua Masalah Kaki Berbau

in #steempress6 years ago


Source


Kaki boleh berbau kerana bahagian ini berpeluh dan sentiasa terperangkap dalam kasut yang tutup. Kedua-dua faktor ini memberikan peluang kepada pembiakan bakteria yang mengakibatkan bau.

Bahagian kaki mempunyai kelenjar peluh yang paling banyak jika dibandingkan dengan bahagian tubuh yang Iain. la sering berpeluh tetapi tidak dapat disejat kerana memakai kasut yang tutup.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh memburukkan lagi masalah kaki berbau, termasuk 'hyperhidrosis' (kaki berpeluh banyak), stres, pengambilan ubat atau perubahan hormon.

Untuk mengelakkan kaki berbau, jaga kebersihan di bahagian kaki untuk mengurangkan pembiakan bakteria. Rendamkan kaki anda setiap hari dalam air suam dengan sabun lembut, kemudiannya keringkan kaki dengan teiiti terutamanya celah-celah jari kaki.

Tukar sarung kaki atau kasut setiap hari, elakkan pakai kasut yang sama berturut-turutan. Sapukan serbuk kaki setiap kali sebelum memakai sarung kaki atau kasut.

Selamat mencuba petua ini.


Posted from my blog with SteemPress : https://brozs.timeets.com/2018/08/19/petua-masalah-kaki-berbau/