Perjalanan empat bulan aku di HIVE

img_20210730_181555.jpg

Sungguh lama rasanyer aku tidak membuat posting di dalam bahasa melayu. Disebabkan majority pembaca di HIVE adalah english speaker dan reader. Sedar tak sedar, bulan nie adalah genap empat bulan aku aktif semula membuat dan berkongsi content. Cuma kali ini, aku berkongsi di platform HIVE.

Secara jujurnya, aku seronok dapat berkongsi pengalaman harian aku serta kerja photography aku di dalam platform ini. Dengan komuniti yang aktif dan rajin berinteraksi, aku menjadi semakin rajin untuk berkongsi content. Rasa seronok bila mendapat support dan ada yang memberi komen yang positive 👍

Untuk content aku pula, majority content adalah berkenaan hasil photography yang telah aku ambil menggunakan smartphone aku. Banyak komuniti berkaitan dengan photography yang telah aku sertai dan berkongsi content. Ada komuniti yang aktif, ada yang tidak. Ada juga komuniti yang aku sudah di senarai hitamkan. Katanya, aku mencuri gambar daripada orang lain. Walaupun aku sudah terangkan yang dan tunjukkan bukti bahawa gambar-gambar yang aku kongsi memang 100% kepunyaan aku...tetap aku disenarai hitam.

Sepanjang tempoh empat bulan ini, ada juga masa up dan down yang telah aku tempuh.Bukan sahaja di kehidupan peribadi, malah di dalam platform ini juga. Pernah ada minggu tu, aku sudah rasa seperti sudah berputus asa. Rasa ingin berhenti seketika daripada membuat content.

Tapi apabila aku fikir semula, buat apa aku nak kisah sangat berkenaan apa yang mereka ingin katakan. Yang penting, aku tahu dan percaya dengan apa yang aku buat selama ini. Apa-apa pun, aku akan teruskan berkongsi content aku di platform ini.

Setakat ini aku cuma berjaya mengajak seorang sahaja untuk ikut berkarya di dalam platform HIVE iaitu : @rasyidazmi. Semoga pada masa hadapan, dia pun akan rajin berkongsi di platform ini. Aku percaya, bila ko dah mendapat ko punya rentak / signature, ko pasti akan seronok berkongsi di sini. yang pasti, kitaorang support lu brader 🤟

p/s: terima kasih brother @davidke20 atas sokongan selama ini


aDi

Sort:  

Tetap semangat dan salam sukses

Yay! 🤗
Your content has been boosted with Ecency Points, by @rosmadirazali.
Use Ecency daily to boost your growth on platform!

Support Ecency
Vote for Proposal
Delegate HP and earn more

Masih sokong!

perghh.. specific mention tu. terharu aku. huu.. 😭 doakan aku inshaallah aku akan cuba konsisten. 😁