Pengangkutan Awam Wajib Ada di Setiap Negara Yang Membangun

in #writing4 years ago

Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam atau transit awam ini merupakan satu sistem pengangkutan dimana para penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Ini boleh disamakan pengangkutan awam seperti rel keretapi dan bas serta boleh diperkembangan kepada perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dan lain lain perkhidmatan sama maksudnya. Tapi kebiasaan pengangkutan awam ini boleh dikenal sebagai pengangkutan umum bagi masyarakat setempat kerana kebiasaan diatur untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan ditetap tanpa perlu membuat penempahan. Kebiasaan penumpang yang menggunakan pengangkutan awam ini terdiri dari penumpang yang bergerak dari kawasan penempatan di antara rumah mereka ke tempat kerja, pusat membeli belah mahupun pusat pendidikan yang terdekat.

Tetapi pengangkutan awam ini merupakan kemudahan yang dapat dinikmati masyarakat setempat di bandar terbangun yang berhubung dari satu destinasi ke destinasi di dalam era globasisasi.

Jadi menggunakan pengangkutan awam ini dapat mengurangkan serba kadar kesesakan serta dapat menjimatkan kos pembelajaan harian atau bulanan bagi sesetiap rakyat. Jadi menggunakan pengangkutan awam ini banyak kebaikan yang iaitu;

  1. Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas
  2. Memendekkan Masa Perjalanan
  3. Menjimatkan Kos Perbelanjaan Harian
  4. Mengurangkan Pencemarang Udara
  5. Kes Kemalangan Akan Berkurangan

Sumber Rujukan Pengangkutan Awam

Tetapi berdasarkan tajuk utama ini, saya mahu kongsi beberapa peta atau lakaran proses pembangunan pengangkutan awam yang sedia ada dan penambahbaikan pengangkutan awam di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Selangor serta kawasan sekitar yang terlibat. Sebenarnya, kalau dari Sri Petaling boleh tembus terus ke Abdullah Hukum lalu jalan dalam, banyak penjimatan masa dan pengurangan kesesakan boleh dilakukan. Tetapi itu tidak dapat dilakukan kemungkinan diatas faktor kepadatan perumahan di dalam jajaran laluan pengangkutan awam dan kos pembinaan yang tinggi bagi menyambungkan stesen ke stesen bagi menjimatkan faktor masa.

Screenshot


wbkgth.jpg

Peta Keseluruhan Kereta Api Ringan bersambungan Setip Stesen Yang Bakal Siap Akan Datang

Bagi penggunaan pengangkutan awam mesti tahu akan sejarah stesen keretapi yang digunakan setiap hari yang dahulunya buat STAR PUTRA tak bersambung dengan jajaran laluan perlu dibuat tetapi nasib Bapa Pembangunan Pengangkutan Awam Negara ada mengambil inisiatif terbaik bagi rakyat bagi masa hadapan untuk masa panjang lebih mudah dan menjimatkan masa. Jikalau mudah dari Puchong, Bukit Jalil, Sg Besi, tak perlu nak masuk ke KL (Masjid Jamek yang mana pertukaran stesen setiap keretapi) untuk ke Bangsar/Subang. Dan tak perlu tunggu MRT3 untuk complete the loop circle.

Screenshot


63jegp.jpg

Peta Kereta Api Ringan Yang Sedia Ada Sekarang di Malaysia

Satu lagi masalah iaitu dari Sentul ke Gombak & Ampang. Kalau ada sambungan antara 3 stesen penghujung ni, kurang sikit kesesakan laluan jalan raya MRR2. Tetapi apa boleh buat. Duit tak ada untuk buat kereta api. Kena jimat untuk buat lebih banyak lebuhraya, baru boleh jual kereta terbang dan kereta nasional ketiga.

Screenshot


z9v521.jpg

Peta Laluan Keretapi Dari Sentul Ke Gombak & Ampang

Padahal Sentul Gombak tu dah sebelah sebelah. Wangsa Maju - Ampang dah dekat. Tapi terpaksa juga semua pergi ke Masjid Jamek. Sebab apa? Sebab pemegang polisi ini mana nak naik train.

Andainya dari KL nak ke Pantai Timur disuruhnya lalu Negeri Sembilan. Pandai betul. Bukan anda rasa terfikir macam tak masuk akal?

Bila masa jimat dan Masjid Jamek tak penuh sangat dengan orang ramai, baru lah orang pun rasa selesa dan semenggah nak guna pengangkutan awam. Malangnya tu lah. Salah 1MDB. Dah kena balik semula ke square one. Berkorban lah kita. At least boleh naik drone RM20 juta. Itu pun nasib baik LRT3 dah start buat. Tak sempat nak kena cancel.

Tengok proposed line MRT3 Circle Line. Banyak masalah dapat diselesaikan. MRT3 Circle Line (Proposed) cover Jalan Kuching, MRR2, Jalan Klang Lama - Midvalley, Mont Kiara.

Screenshot


h6akr5.jpg

Contoh Gambaran Peta Keseluruhan Yang Diusulkan oleh pihak MRT

Screenshot


f6emvl.jpg

Contoh Gambaran Peta Keseluruhan Yang Diusulkan oleh pihak MRT

Walauapa pun, sebagai rakyat umum patut ambil tahu berkenaan projek MRT3 ini merupakan pakej paling penting di dalam pembinaan pengangkutan awam bagi waktu sekarang yang memboleh menjimatkan waktu perjalanan tetapi tempoh hari dikatakan dibatalkan disebabkan dasar kewangan kerana pembelajaan yang tinggi dari yang sepatutnya. Bagi saya, lebih belanja lebih untuk jangka hayat pembinaan dibuat lebih lama dan kurang kos pembaikan.

Screenshot


sb1pwr.jpg

Peta Keseluruhan Peta Pengangkutan Awam Keretapi.

Bagi projek sebelum ini iaitu MRT1 & MRT2 dilaksanakan dengan cara Rakan Penyampaian Projek atau dikenali sebagai Project Delivery Partner (PDP) yang bermaksud projek yang ditawarkan kepada pihak yang mempunyai kepakaran yang dapat menjimatkan kos serta waktu pembinaan dari jangkaan diutarakan oleh pihak kerajaan sendiri. Contohnya untuk mudah difahami oleh umum, pihak Kerajaan keluarkan duit dan kontraktok jalankan pembinaan.

Bagi projek terdahulu iaitu, MRT1 & MRT2 ditawarkan kepada pihak kontraktor MMC-Gamuda yang mana berjaya siapkan 2 projek diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan malah dapat menjimat kos berdasarkan jumlah anggaran pembelajaan.

Untuk MRT3, kenapa kerajaan nak buat cara turnkey? Sebab interest untuk bon danainfra adalah 5.1%. Memandangkan ini adalah pakej termahal (kos sekitar RM35-45billion) kerajaan berhasrat untuk menjimatkan kos financing sebab itu cara turkey digunakan.

Jadi kontraktor ni kena cari orang yang berikan pinjaman modal bagi dengan membelikan barang kos yang murah. Namun, syarikat-syarikat gergasi di Malaysia ini mempunyai pretasi yang bagus sudah pasti dapat tambahkan bon pada kadar yang sedikit rendah. Itulah hasrat kerajaan yang mahukan sistem pengangkutan yang bagus dengan kos yang rendah tetapi mutu barang digunakan berkualiti tinggi.

Jadi ada beberapa syarat yang dikenakan untuk masuk tender yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam membina MRT3 iaitu:

  • Kontraktor boleh biayai 90% daripada kos. Tempoh bayaran 30 tahun dan tempoh penangguhan selama 8 tahun.

  • Kontraktor pernah ada rekokd dalam membina sistem pengangkutan awam berharga lebih kurang RM10 billion atau pun dua sistem berharga RM5 billion.

Jadi dengan tender projek yang dibuka makan terdapatlah beberapa syarikat cuba masuk iaitu Gkent-MMC-Gamuda, CCCC danSapura-TIEC. Tetapi hanya dua syarikat sahaja disenarai pendek iaitu Gkent-MMC-Gamuda dan CCCC. Kenapa Sapura-TIEC ditolak? Sebab projek Riyadh Metro masih belum siap lagi. Jadi syarat kedua tu gagal dipatuhi.

Namun orang cakap syarat tu dirangka oleh kerajaan untuk bagi CCCC sahaja tetapi sebenarnya tidak benar sama sekali sebab kerajaan membenarkan JV dan syaratnya adalah syarat biasa dan tidaklah begitu spesifik serta banyak syarikat dalam dunia boleh masuk tender.

Dari dua syarikat yang disenarai pendek tu, kedua-duanya lepas syarat teknikal dan kewangan. Berapakah nilai interest yang ditawarkan?

  • Gamuda-MMC-Gkent - 4.7%
  • CCCC - 5.0%

Semua pon boleh jangka syarikat mana yang akan dapatkan? Sudah tentu Gamuda-MMC-Gkent. Dengan kadar faedah yang rendah dan dah terbukti mampu siapkan MRT1 dan MRT2 dalam jangka masa yang ditetapkan dan bawah dari kos.

So mampu ke kita???

Jawapannya semestinya mampu. Macam mana saya boleh katakan mampu iaitu:

  • Kos untuk hutang servis kalau interest 4.7% dan projek kos RM45billion = RM2.11billion (1% daripada bajet tahunan, 0.3% daripada GDP)
    *Ini tidak kira economic growth dan inflation

  • Kos untuk bayar pinjaman selepas 30 tahun ialah RM45 billion (7.5% daripada GDP) tapi jika kita bermula dengan ekonomi berkembang = Purata perkembangan GDP dalam 5% setahun. Jadi compounded untuk 30 tahun akn jadi meningkat lebih kurang 200%. GDP Malaysia sekarang RM1.2 trillion, selepas 30 tahun jangkaan GDP Malaysia = RM3.6 trillion. Jadi RM45 billion tu hanyalah sekitar 1.2% daripada GDP.

So mampukan kita nak buat MRT3? Jadi tepuk dada, tanyalah akal.

Sumber:

  1. Transportation MRT3 for society.
  2. MRT is Failures Or Successful? ~~~ embed:1210714784535994369?s=19 twitter metadata:YXpyYWVpbXVoYW1hZHx8aHR0cHM6Ly90d2l0dGVyLmNvbS9henJhZWltdWhhbWFkL3N0YXR1cy8xMjEwNzE0Nzg0NTM1OTk0MzY5fA== ~~~
  3. Difference PDP and Turnkey Contract https://www.linkedin.com/pulse/pdp-same-turnkey-contractor-lee-weng-choun-pmp-miet?articleId=6464801572466585600